Ada apa
dengan
parlimen?

Kisah dua demokrasi

English · Bahasa

Parlimen adalah salah satu tonggak demokrasi di Malaysia. Ia terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong. Ahli-ahli parlimen dipilih untuk mewakili rakyat dalam:

  • membuat dan menukar undang-undang,
  • mengawalselia perbelanjaan negara,
  • membahas dasar-dasar kerajaan pusat, dan
  • membincangkan kebimbangan rakyat.

Infografik ini menunjukkan bagaimana dua jenis demokrasi membuat undang-undang.

Temui Demokrasi Durian dan Demokrasi Papaya. Masing-masing melambangkan suatu bentuk demokrasi berparlimen sebenar yang diamalkan di dunia. Klik atau tap ? untuk penerangan lanjut. Demokrasi yang mana lebih baik untuk kita?

1 Penggubalan

2 Dewan Rakyat

3 Dewan Negara

4 Pelaksanaan

Kami berharap anda telah pelajari sesuatu tentang bagaimana parlimen berfungsi. Infografik ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dan anda boleh membantu memperbaikinya dengan maklum balas anda. Sila hantarkan komen dan cadangan anda melalui emel kepada move@undimsia.com.

Sertai UndiMsia! di media sosial dan kongsikan idea-idea anda bagaimana parlimen boleh berfungsi dengan lebih baik untuk rakyat.

Twitter Facebook

UndiMsia!

UndiMsia! adalah suatu program pendidikan sivik bertujuan untuk mengukuhkan pemilikan, penyertaan dan perwakilan belia tentang hak mengundi dan tanggungjawab sivik mereka. Melalui program ini, belia Malaysia terlibat dalam membangunkan pemikiran kritis mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk aktivisme yang berkesan untuk menyelesaikan isu-isu komuniti mereka. Projek-projek UndiMsia! direka berdasarkan empat tonggak: maklumat, proses, tindakan dan platform untuk suatu masyarakat madani yang teguh.

Untuk maklumat lanjut, sila layari undimsia.com atau emel move@undimsia.com.

Arahan seni & reka grafik
Arthur Lee

Konsep & reka web
Khairil Zhafri

Suntingan
Lim Ka Ea
Mazni Ibrahim

Sebuah produksi
Malaysian Centre for
Constitutionalism and
Human Rights (MCCHR)

© MCCHR 2016